Disyaki Curang Dengan Menantu Perempuannya, Lelaki 53 Tahun Ini Teruk Dibelasah Penduduk

Seorang lelaki berusia 53 tahun berjaya diselamatkan polis dari sekumpulan penduduk yang sedang marah.

Kemarahan penduduk itu tercetus disebabkan oleh berita yang mengatakan bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menantunya.

Dipetik dari The Monitor, lelaki tersebut dikenali sebagai Hassan Chelimo.

Dia merupakan seorang penduduk Chema Sub County, daerah Kapchorwa, Uganda.

Polis mendedahkan Hassan dihakimi oleh penduduk yang menuduhnya mempunyai hubungan asmara dengan isteri anaknya, Asula Chellangati.

Dilaporkan bahawa Martin Mutai, iaitu anak lelaki sulung Hassan telah meninggalkan isterinya untuk mencari pekerjaan di Sudan Selatan.

Jurucakap polis tempatan, Rogers Taitika mengatakan bahawa polis menyelamatkan suspek dari sekumpulan penduduk yang ingin membunuhnya kerana tindakan tersebut.

“Polis tiba pada masa yang tepat, dia boleh saja mati terbunuh jika kami terlambat datang,” kata Taitika.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, penduduk memberitahu polis bahawa Hassan telah `berpesta’ dengan isteri anak lelakinya.

“Sebagai polis kami mengutuk tindakan penduduk, kami sentiasa memberi nasihat kepada penduduk untuk melaporkan kes kepada pihak berkuasa dan bukannya menghakiminya sendiri,” tambah Taitika.

Polis telah menangkap Hassan dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Namun, Hassan memberitahu polis bahawa menantu perempuannya yang curang kepada suaminya dengan mengirim mesej cinta kepadanya.

Mesej tersebut seperti ‘selamat malam manis, saya merindukanmu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.