Bayi Maut Digigit Anjing Liar

Seorang bayi perempuan maut digigit anjing liar ketika ditinggalkan di bawah jagaan abangnya yang berumur lima tahun.

Riya Sahu dirakam CCTV merangkak di luar rumahnya di kawasan Anupam Nagar di Raipur, India, ketika kejadian itu berlaku.

Kematian bayi berusia 14 bulan itu berlaku selepas dua anjing liar itu menyerangnya.

Jurucakap polis berkata penduduk tempatan melihat kejadian itu dan dengan cepat bergegas membantu.

Walaupun berjaya menghalang haiwan itu, bagaimanapun bayi itu mengalami kecederaan parah hingga maut. 

Dia dibawa ke sebuah hospital tempatan, namun telah maut semasa dikejarkan ke sana.

Media tempatan berkata, Riya telah ditinggalkan di rumah dengan hanya abangnya, 5, dijaga.

Ibu dan ayahnya yang tidak dinamakan, merupakan seorang buruh, dilaporkan bekerja pada waktu itu.

Keluarga itu berpindah ke kawasan itu sekitar enam bulan yang lalu.

Difahamkan, ibu bapa akan dikenakan tindakan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.