Asyik Berenang, Wanita Ini Tidak Sedar Kehadiran Tiga Lelaki. Yang Terjadi Selepas Itu Mengerikan!

Ketika melawat ke tempat pelancongan, anda tentu akan mengabadikan kenangan terindah yang anda temui melalui kamera.

Hal ini juga dilakukan oleh gadis bernama Anneka Bading.

Disiarkan oleh Mirror, Anneka Bading dan dua rakannya sedang berenang di air terjun MacKenzie Falls, yang berada di sebelah barat Melbourne Australia.

Anneka dan kawan-kawannya tidak terlepas untuk merakam detik yang indah itu.

Mereka merakam kegembiraan ketika berenang menggunakan kamera GoPro.

Ketiga-tiga senyum dan kelihatan gembira tetapi mereka tidak menyedari perkara yang dahsyat yang berlaku tidak jauh dari tempat mereka berenang.

Ternyata tidak jauh dari tempat mereka bertiga berenang , ada sekelompok remaja lelaki yang sedang menikmati suasana di sekeliling air terjun.

Tiga lelaki itu bersiap terjun dari batu ke kolam namun hal mengerikan ini berlaku.

Seorang daripada lelaki berusia 28 tahun itu mengalami nasib malang. Dia dikatakan meninggal dengan serta-merta.

sda

Ia membuatkan kawan-kawannya panik.

Mereka terus berteriak dan menunjuk ke arah kolam renang.

Kepada The Stawell Times, Anneka mendakwa tidak menyedari perkara yang dahsyat itu.

“Pada masa itu kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, kami fikir terdapat haiwan di dalam air,” kata Anneka

Anneka dan teman-temannya mulai panik setelah salah seorang teman wanita kepada lelaki terbabit menghampiri mereka dan melihat kamera GoPro milik Anneka.

Wanita itu menunjukkan kepada Anneka bahawa kamera GoPronya sudah merakamkan kejadian mengerikan yang menimpa sahabatnya.

Pada masa sama, seseorang yang sedang keindahan air terjun itu, telah melompat ke dalam air untuk cuba menyelamatkan mangsa namun usahanya tidak kerana tekanan air terjun yang terlalu kuat

Anneka yang panik berlari sejauh satu kilometer dan kemudian memandu lagi selama 10 minit sehingga dia boleh mendapatkan isyarat mudah alih dan meminta bantuan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.