9 Jam Siapkan Landasan Kereta Api

FUJIAN, China – Sebanyak 1,500 pekerja di sini mencatat rekod tersendiri apabila mengambil masa cuma sembilan jam untuk menyiapkan pembinaan dan penyambungan rel di sebuah stesen kereta api baharu di bandar Longyan di sini.

Menurut Agensi, Penyelia projek berkenaan, Zhan Daosong menyatakan kumpulan buruh itu dibahagi kepada tujuh unit dan dibantu oleh tujuh buah kereta api bersama 23 penggali untuk melengkapkan sambungan ke Stesen Kereta Api Nanlong.

Memetik Kosmo, mengikut perancangan awal, rel kereta api sepanjang 246 kilometer yang menghubungkan kawasan tengah dan Tenggara China sepatutnya siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Stesen Kereta Api Nanlong kini mempunyai akses tiga laluan utama ke Stesen Kereta Api Ganlong, Ganruilong dan Zhanglong. Rel berkenaan mampu menyokong kereta api yang bergerak selaju 200 kilometer sejam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.