3 Generasi Tanam Sayur Gergasi

SOUTH WALES, Britain – Sebuah keluarga di sini mempunyai tradisi luar biasa apabila berjaya menanam sayur bersaiz besar selama tiga generasi.

Menurut Agensi, Kevin Fortey, 39, telah menanam labu dan kobis besar sejak berusia empat tahun selepas mendiang bapanya, Mike mula menanam sayur gergasi di belakang pub miliknya sekitar awal 1980-an.

Mike mendapat idea untuk menanam sayur gergasi selepas bercakap tentang pertandingan bawang gergasi bersama rakannya di pub Mill Tavern di bandar Cwmbran di sini, petik Kosmo

Selepas Mike meninggal dunia, dua anaknya, Kevin dan Gareth, 37, telah meneruskan tradisi tersebut. Mereka telah memenangi banyak anugerah termasuk lobak terpanjang dunia berukuran lebih 2.2 meter pada 2016.


Kevin yang pernah memenangi anugerah untuk ubi bit seberat 16 kilogram turun mengajar ilmu hortikultur itu kepada anak lelakinya, Jamie, 11.

Sama seperti Kevin, Jamie yang sering membantu bapanya telah berjaya menanam bunga matahari paling besar di Britain yang berukuran 67 sentimeter.

Kevin juga baru-baru ini menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records untuk cili paling berat di dunia selepas berjaya mencatatkan berat mencecah 350 gram ketika Pertunjukan Malvern tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.