Video : Kawalan Lebih Tegas Untuk Kurangkan Kemalangan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kawalan lebih tegas perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan ini.

 

Beliau berkata, ia perlu diberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya disebabkan peningkatan yang tinggi bagi kadar kemalangan jalan raya sejak tahun lalu.

 

https://www.youtube.com/watch?v=DqgFOwZJlAc&feature=youtu.be

 

“Memandangkan Wilayah Persekutuan merupakan mempunyai bilangan kenderaan tertinggi yang keluar untuk pulang ke kampung, jadi dengan kempen ini kita mengharapkan agar dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mengutamakan keselamatan.

 

“Biarpun sebelum ini kempen seperti ini telah dilaksanakan namun pengguna tidak mengambil kesedaran dalam setiap kempen yang dijalankan mengenai keselamatan jalan raya ini,”katanya pada majlis kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu China yang diadakan di sini tengahari tadi.

 

Tambahnya, kempen, ‘Pandu cermat, sampai selamat’, itu perkara distrukturkan dalam bentuk bengkel bagi mengelakkan kebimbangan yang berterusan menerusi peningkatan kadar kemalangan tersebut.

 

“Kita akan membuat pendekatan baharu, dimana kita akan membuat penstrukturan bengkel yang melibatkan setiap negeri termasuk persatuan pengguna. Kita mahukan maklum balas daripada mereka,”katanya.

 

Beliau berharap agar bengkel yang bakal diadakan ini akan memberikan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas.

 

“Kita mahu negara kita mempunyai satu sistem kawalan yang lebih tegas dan ketat bagi mengurangkan kemalangan maut,”katanya.

 

Terdahulu, sehingga Jun tahun lalu, peningkatan sebanyak 2.5 peratus atau 377 kes kemalangan berbanding 15,147 kes bagi tempoh sama.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!