Pas Bertemu Pemimpin Gereja Bincang RUU355

PULAU PINANG – Timbalan Presiden Pas , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan pertemuan dengan pemimpin gereja di negeri ini bagi menerangkan cadangan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965) (Akta 355).

 

Menurut kenyataan Pas negeri, pertemuan membabitkan Tuan Ibrahim bersama Ketua Gereja Katolik St. Anne di Bukit Mertajam itu berlangsung dalam suasana penuh harmoni pada 22 Januari lalu dengan kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang isu berkenaan.

 

Jelasnya, Tuan Ibrahim antara lain memberi jaminan pindaan berkenaan sekiranya dilaksanakan hanya terpakai untuk umat Islam di negara ini.

 

“Pertemuan itu juga bertujuan menjernihkan persepsi buruk yang dilemparkan pihak tertentu terhadap cadangan pindaan berkenaan selain sebagai usaha dakwah,” jelas kenyataan berkenaan di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.