Mahkamah Sahkan Tesis Prof Abu Hassan Adalah Plagiat

KUALA LUMPUR – Mahkamah mengesahkan tesis Profesor Abu Hassan Hasbullah yang menjadi kontroversi sebelum ini adalah merupakan hasil plagiat.

Sebelum ini, menerusi penulisan tesis kedoktorannya dikatakan disiasat pihak Universiti Vienna, Austria dan mengumumkan hasil daripada siasatan kes tersebut.

Sementara itu, Abu Hassan telah meminta bersara awal dengan alasan untuk menjalankan perniagaan keluarga dan menjaga isterinya yang sakit kanser.

Bagaimanapun, keputusan Phd beliau adalah tidak sah dan telah menjawat jawatan dekan di UMK secara haram.

Menerusi satu kenyataan keputusan kes setelah perbicaraan penuh mendapati hujahan bertulis kedua belah pihak, mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos RM10,000 yang perlu dibayar kepada defenden.

Ia diputuskan atas alasan justifikasi yang dilakukan oleh defenden telah dicedok bulat-bulat dari penulisan oleh Viola Shafik dalam buku Arab Cinema (AC) tanpa dirujuk dari mana-mana rujukan buku tersebut yang satu persatu dimuat turun dan diceduk seratus peratus hanya sekadar menggantikan perkataan Cinema Malaysia.

Isu yang lain diteliti mahkamah dan mendapati ia memenuhi pembelaan justifikasi yang mana terdapat kebenaran kepada alegasi dan defendan layak kepada perlindungan berpatutan dan bersyarat sebagai ahli dan pensyarah fakulti yang sama dan universiti yang sama.

Defenden telah menyalurkan segala kenyataannya melalui laporan polis dan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Kelantan.

Terdahulu, wakil daripada Universiti Vienna akan datang ke Malaysia untuk memaklumkan mengenai hasil siasatan kes yang didakwa menghasilkan tesis Ph.D yang diciplak daripada beberapa buah buku pada tahun 2004.

Katanya, pihak UMK telah menulis semua laporan berkaitan kes itu dan ia telah diserahkan kepada pihak Universiti Vienna.

Beberapa orang kakitangan akademik UMK sebelum ini mendedahkan kepada SuaraTV berhubung salah laku jenayah dan penipuan akademi yang didakwa dilakukan oleh bekas pensyarah Universiti Malaya itu ketika menyiapkan tesis kedoktorannya.

UMK sebelum ini menafikan berlaku plagiat dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Datuk Dr Raduan Che Rose ketika ditanya berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan telah melakukan siasatan.

Terdahulu, Abu Hassan berdepan dengan tuduhan plagiat apabila seorang pensyarah di universiti yang sama tampil membuat laporan polis pada 1 November 2014, di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Di dalam laporan polis tersebut, persyarah terbabit mendakwa menemui bukti yang menunjukkan tesis Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’. – SuaraTV

 

isu tesis-2

isu tesis-3

6 thoughts on “Mahkamah Sahkan Tesis Prof Abu Hassan Adalah Plagiat

  • January 30, 2016 at 2:32 am
    Permalink

    Saya dah beritahu Dato VC Raduan Che Rose supaya buang Professor penipu tu tapi beliau enggan kerana ia mungkin menjatuhkan nama ahli akademik lain yang juga terlibat dalam aktiviti plagiarism. Nasi dah menjadi bubur.

    Reply
  • January 30, 2016 at 2:34 am
    Permalink

    Harap kes ini menjadi pengajaran kepada pensyarah lain supaya jujur semasa menulis thesis kerana kes professor yang menipu secara plagiarism ini sangat memalukan rakyat Kelantan.

    Reply
  • February 2, 2016 at 2:44 pm
    Permalink

    Maaf. Ada orang menggunakan nama saya untuk komen di atas. Minta Admin keluarkan dua komen tersebut.

    Reply
  • February 4, 2016 at 12:37 pm
    Permalink

    Dear Prof Razli, thank you very much for your support. Memang profesor plagiat patut dibuang.

    Reply
  • August 16, 2017 at 3:47 pm
    Permalink

    kalau berani , check semua PhD thesis di Malaysia dengan quality antarabangsa ….. baru tau berapa kuih teow goreng ada….

    Reply
  • August 17, 2017 at 11:10 am
    Permalink

    Ade juga org yg tak disangka-sangka dalam sekelip mata pakai gelaran Dr……mungkin ni daif sangat…boleh kah ambik Phd dulu kemudian ambik master…ada juge yg guna laluan mcm tu…maaf mungkin saya tak peka kalo ia boleh…makseh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.