Tetamu Khas ‘Party Of The Century’, Curi Tumpuan Tetamu Yang Hadir

Kuala Lumpur – Kemunculan eksklusif selebriti sensasi dan kontroversi Hollywood, Paris Hilton sebagai tetamu khas di ‘Party of the Century’ pada malam tadi nyata mencuri tumpuan ramai tetamu yang hadir terdiri daripada orang kenamaan (VIP), personaliti terkenal dan ahli perniagaan pada majlis tersebut.

 

Parti berkenaan diadakan sempena perasmian pusat komersial, Empire City bertempat di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

 

Bermula dengan acara karpet merah, Paris yang tiba kira-kira jam 8.15 malam terus menjadi buruan lensa kamera media yang bertugas.

 

 

 

 

 

Kredit foto Muzzie.

 

 

.

 

 

Malah, tetamu juga tidak melepaskan peluang merakamkan gambar Paris secara lebih dekat. Sementelah, ‘Party of The Century’ merupakan penampilan buat kali pertama diva berusia 33 tahun ini di Malaysia.

 

Tampil ringkas tapi tetap menawan, Paris kelihatan manis dan cantik dengan mengenakan mini dress seequin dan legging hitam sambil melemparkan senyuman ke arah jurugambar-jurugambar sewaktu melangkah melintasi karpet merah.

 

Di sepanjang acara, kelibat cucu yang juga pewaris empayar milik keluarga Conrad Hilton iaitu pengasas Hotel Hilton sentiasa menjadi perhatian tetamu terdiri daripada VIP dan personaliti tempatan termasuk antarabangsa.

 

Antara personaliti tempatan yang turut kelihatan seperti pelakon Nazim Othman, Erin Malik, Siti Saleha, penyanyi Amanda Imani dan pengacara William Quah.

 

Kira-kira jam 8.35 malam, majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan vokal sensasi diterbangkan dari Korea, 2AM.

 

..

 

Tampil segak dengan mengenakan sut berwarna kelabu, SeuLong, ChangMin, JoKwon dan JinWoon mendendangkan tiga lagu iaitu With or Without You, Can’t Let You Go Even If I Die dan You Would’nt Answer My Call dengan vokal mereka yang cukup mantap.

 

Di pertengahan acara, semua tetamu sekali lagi menumpukan perhatian di pentas utama sebaik saja kemunculan Paris.

 

Beberapa minit sebelum muncul di pentas, Paris Hilton sempat memuat naik gambarnya bersama Taboo (Black Eyed Peas) di belakang pentas.

 

Beberapa minit sebelum muncul di pentas, Paris Hilton sempat memuat naik gambarnya bersama Taboo (Black Eyed Peas) di belakang pentas.

 

Bukan untuk menyanyi sebaliknya pelakon, penyanyi juga model ini hanya mempamerkan bakatnya sebagai ‘disk joker’ (DJ).

 

Difahamkan Paris sekarang semakin aktif muncul dengan hobi barunya sebagai DJ sekarang dan baru-baru ini dia dianugerahkan gelaran DJ of the Year pada Majlis Anugerah NRJ DJ 2014.

 

Acara bertambah hangat dan rancak apabila Paris memperlihatkan kemahiran dan aksi bersahaja memainkan lagu-lagu hits masa kini seperti Shake It Off (Taylor Swift), Love Me Again (John Newman), Heroes (Alesso ft Tove Lo), A Sky Full of Star (Coldplay) termasuk dua lagunya sendiri iaitu Nothing In This World dan Star of Blind.

 

Kredit foto Muzzie.

 

 

.

 

 

Persembahan istimewanya itu turut diiringi beberapa penari. Walaupun aksi Paris sekadar sesi panaskan badan tetapi dia tetap mendapat sorakan dan tepukan gemuruh tetamu yang hadir.

 

Sebelum parti yang bertemakan ‘Malam Penuh Glamor Era 20-an’ berakhir, kehangatan suasana diteruskan dengan persembahan penyanyi rap yang juga salah seorang anggota kumpulan Black Eyed Peas iaitu Taboo.

 

Kredit foto Muzzie

 

 

Penghibur kacukan Mexico dan Amerika ini menghiburkan tetamu dengan mendedangkan lagu seperti I Got The Feeling dan Where Is The Love.

 

Acara The Party of The Century ini berakhir jam 12.30 tengah malam. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.