Maut Dirempuh Kereta Ketika Buat Pusingan U

Baling – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi dirempuh kereta dalam kemalangan di Kampung Bechah Sawa, Jalan Baling-Weng, di sini, petang tadi.

 

Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa, Mohamad Hisham Mahamad, 18, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

 

Ketua Polis Daerah Baling Superitendan Mat Daud Mat Hasan berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Charuk Puteh dari arah Baling.

 

Beliau berkata, mangsa dipercayai membuat pusingan U di jalan berkenaan sebelum dilanggar kereta dari arah yang sama.

 

“Mangsa dipercayai membuat pusingan U ke arah Baling sebelum dilanggar dengan kereta berkenaan.

 

“Mangsa cedera parah di kepala kerana tidak memakai topi keledar dan mati di tempat kejadian,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.