Undang-undang Perkahwinan Sejenis Tidak Boleh Dibuat Untuk Orang Islam

KUALA LUMPUR – Undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis tidak boleh dibuat untuk dipakai oleh orang Islam kerana bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Beliau berkata, sekiranya dilakukan juga, undang-undang itu tidak sah dan terbatal.

“Sebabnya adalah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang keluarga bagi orang Islam adalah hukum syarak.

“Hukum syarak tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Maka jika undang-undang seperti itu dibuat, ini bercanggah dengan hukum syarak dan dengan itu, bercanggah pula dengan Perlembagaan, menjadikannya tidak sah dan terbatal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk “Hak Asasi: Peranan dan Perspektif Perlembagaan Malaysia dan Islam” di dalam Forum Kebangsaan “Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.