Polis Tembak Mati Penjenayah Berbahaya di Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang penjenayah berbahaya yang dikehendaki polis mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banjar di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu suspek yang diburu pasukan bahagian jenayah berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bertindak melarikan diri menaiki kereta Myvi ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan.

Suspek yang dikejar sehingga lorong Berlian, Taman Koperasi,di sini, bagaimanapun terbabas sebaik cuba dipintas kereta dinaiki anggota polis.

Suspek bagaimanapun bertindak keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Susulan itu pihak polis membalas tembakan dan menyebabkan penjenayah maut serta merta di lokasi kejadian.

Polis kemudian menemui sepucuk pistol model Norinco dari tubuh suspek selain bungkusan dadah disyaki ganja.

Suspek berusia 30 tahun mempunyai lima rekod jenayah dan amat dikehendaki polis.
Kejayaan itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengucapkan tahniah dalam twitternya malam tadi.

Sidang akhbar berhubung kes ini akan dibuat oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pagi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.