Penduduk 6 Kampung Rayu Kerajaan Kedah Hentikan Segera Pembalakan

BALING: Kerajaan negeri Kedah dirayu agar menghentikan segera kerja-kerja pembalakkan di kawasan berdekataan Kampung KEDA Kemangi, Kupang dekat sini yang dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan masalah bekalan air.

Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk dari enam buah kampung yang berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakkan itu diteruskan.

Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.

“Kami mahu Menteri Besar tegas tidak membenarkan kerja-kerja pembalakkan diteruskan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang hanya satu kilometer dari perkampungan KEDA Kemangi,” katanya ketika ditemui di Kampung Keda Kemangi di sini, petang semalam.

Kampung terlibat ialah kampung KEDA Kemangi, Kemangi, Bendang Baru, Padang Lengkuas, Kuala Kuang dan Padang Dan yang menempatkan sebanyak 350 keluarga dengan lebih 2,000 penduduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.