Manfaatkan Portal 1Pengguna.com Untuk Semak Harga – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang ramai boleh manfaatkan portal http://1Pengguna.com untuk menyemak harga barang harian di seluruh negara.

Beliau berkata demikian dalam laman Twitternya Khamis yang merujuk kepada pautan berita Bernama bertajuk ‘KPDNKK Sedia Portal 1pengguna Untuk Semak Harga Barang Setiap Hari.’

Berita itu memetik kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang antara lain menyebut kementerian itu membangunkan portal berkenaan bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan harian.

Kenyataan itu juga menyebut harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna antara lain ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.