VIDEO: Video Tular Di Media Sosial – Sah, Adib Tidak Dilanggar

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video menunjukkan wira negara anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu kini tular di media sosial.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan bagaimana jentera FRT milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengundur ketika diserang oleh para perusuh di kuil.

Dalam video tersebut jelas menunjukkan tiada sesiapa berada di belakang jentera terbabit.

Susulan itu Pengerusi Badan Bertindak Kuil itu, SW Ramaji memohon maaf kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kerana membuat kenyataan tidak benar berkaitan punca kecederaan anggota bomba berusia 24 tahun itu, kepada media pada 28 November lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menyakiti anggota keluarga Muhammad Adib, rakan atau pihak lain dengan mengatakan anggota bomba itu bukan mangsa serangan perusuh di kuil itu sebaliknya cedera akibat dilanggar jentera bomba.

 

One thought on “VIDEO: Video Tular Di Media Sosial – Sah, Adib Tidak Dilanggar

  • December 23, 2018 at 1:51 pm
    Permalink

    Alhamdulillah jika benar?? Undang2 akan tentukan usah netizen2 warwarcm2 andaian???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.