Ugut Saman Mufti Perlis, Hindraf Sengaja Cetus Provokasi

KUALA LUMPUR – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) didakwa secara konsisten membuat provokasi kepada umum.

Demikian apa yang disuarakan salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai ‘Mahathir The Legend’.

“Geng Hindraf masih meneruskan provokasi pada ramai pihak terutama pada pihak yang menyokong dan mempertahan Dr Zakir Naik. Hari hari mau cari gaduh. Betul lah banyak negara cakap. Iniorang tak sesuai duduk mana mana tempat.

“Suka gaduh dan cari pasal sama orang. Semua orang salah dia saja betul. Bila mau maju ini macam?,” katanya.

Kata-katanya ini merujuk kepada ugutan Hindraf untuk memfailkan saman fitnah terhadap kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu dalam satu kenyataan semalam mendakwa Hindraf terkenal menimbulkan kontroversi perkauman dan sengaja memetik ajaran Zakir Naik di luar konteks.

Asri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy meminta Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap Zakir yang dituduhnya menggalakkan keganasan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.