Tol Masih Ada, TMJ Sindir Kerajaan Pakatan

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail bertindak memerli kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai isu tol di negara ini.

Menerui Twitternya, Tunku Ismail yang mesra dikenali TMJ membuat ciapan perlian ‘terkejut’ kerana Malaysia masih lagi mempunyai tol selepas beliau pulang dari bercuti di luar negara.

”Pergi bercuti berbulan-bulan. Balik, ingat tol dah tak ada. Masih ada lagi,” kata TMJ.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH membuat manifesto berjanji akan menghapuskan tol di seluruh negeri di Malaysia berikutan kadar tol yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu sangat membebankan rakyat.

Janji tersebut diuar-uarkan bagi meraih sokongan rakyat dalam PRU14.

Namun, janji penghapusan tol tidak dilaksanakan oleh PH atas alasan kerajaan menanggung hutang dan beban yang tinggi.

Bahkan, janji penghapusan tol telah ditolak ke tepi dan kajian masih lagi dibuat sama ada berbaloi atau tidak tol dihapuskan.

Ciapan TMJ itu menerima balasan dari netizen yang mengatakan janji tersebut hanyalah kosong sahaja asalkan PH dapat menjatuhkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ada juga yang membalas mengatakan perlian dari TMJ itu adalah perlian yang sangat mendalam. – Suara.TV

2 thoughts on “Tol Masih Ada, TMJ Sindir Kerajaan Pakatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.