From Russia With Love

FROM  RUSSIA  WITH  LOVE

Tamrin Tun Ghafar

  1. Ahad – 23/12/18

( 1 –  44 )

1.  Qada’ dan Qadar  adalah Rukun Iman yang keenam iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT semata – mata.

2.  Namun kita juga diberi peluang memilih jalan mana yang  harus kita ikut; ini termasuk memilih pasangan hidup.

3.  Ramai  umat Islam memilih jalan yang diredahiNya dan ramai juga yang masih belum lagi melaksanakan PerintahNya.

4.  Hari ini 23hb Disember genap sebulan KATANYA telah berlangsung Majlis Pernikahan dan Persandingan 

diantara Yang Di Pertuan Agong dengan bekas ratu cantik Moscow, Russia.

5.  Mengikut lapuran Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Konsert Barvikha di kota raya Moscow.

6.  Sehingga kini tidak ada sebarang pengesahan dan pengumuman rasmi daripada Istana Negara berhubung Majlis tersebut.

7. Difahamkan Perdana Menteri  hanya dimaklumkan tujuan beliau ( Agong ) bercuti selama dua bulan atas TUJUAN BERUBAT.

8.  Tengku Faris Petra yang dilahirkan  pada 5hb Oktober 1969 telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 13hb September 2010, dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V.

9.  Perlantikan beliau sebagai Sultan diselubungi dengan penuh kontroversi.

10.  Peristiwa ‘rampasan kuasa’  itu berlaku atas alasan ayahanda beliau, Sultan Ismai Petra uzur disebabkan serangan angin akmar yang dialaminya.

11.  Beliau merupakan Sultan yang pertama menarik balik Anugerah Kebesaran Darjah Kerabat ( DK ) Kelantan daripada Tun Dr. Mahathir yang semasa itu berkempen menentang UMNO / Barisan Nasional.

12.  Pada 13hb Disember 2016 Majlis Raja – Raja telah memilih beliau sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 15.

13.  Satu lagi ‘drama’ telah berlaku apabila perlantikan Tun Dr. Mahathir telah ditangguhkan beberapa kali oleh beliau.

14.  Tun Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Ali terpaksa menahan kesabaran dengan karenah Agong itu.

15.  Atas sebab – sebab tertentu atau mungkin ada  tangan disebalik tabir atau dek mungkin sudah termakan budi, Agong sememangnya mencari helah untuk tidak melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

16.  Ketegasan Mat Sabu ( AMANAH ) dan Lim Guan Eng ( DAP ) telah menyebabkan cadangan Agong melantik Dr. Wan Azizah ( PKR ) gagal.

17. Sebenarnya ketika itu Agong TIDAK menghirau dan MENGHORMATI suara dan kehendak rakyat.

18. Amat mustahil beliau dan pegawai-pegawai tinggi Istana Negara terlepas pandang beberapa kenyataan yang telah dibuat berhubung perkara ini.

19. Sebenarnya tindakan Agong itu tidak menampak atau mencerminkan keikhlasan beliau.

20. Perwatakan demikian amat tidak sesuai dan layak sebagai seorang yang telah diberi kepercayaan menjadi Agong.

21. Pernikahan beliau dengan wanita Russia itu pun telah menimbulkan berbagai persoalan.

22. Oksana Voevodina yang berumur 25 tahun itu telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Moscow pada tahun 2015.

23. Selain itu beliau tampil sebagai seorang peragawati atau model.

24. Alhamdulillah pada 16hb April 2018 beliau diberitakan telah memeluk Agama Islam dan menggunakan nama Rihana Oxana Gorbatenko.

25. Sama  ada sahih atau sebaliknya namun cerita – cerita dan gambar – gambar berserta video lucah beliau masih  tersebar luas  di media sosial.

26. Ada yang berpendapat aksi – aksi video klip beliau di dalam kolam renang dan diatas katil bersama lelaki lain dan aksi – aksi beliau di tepi pantai dengan pakaian mandi yang menjolok mata itu semuanya dilakukan sebelum beliau memeluk Islam.

27. Ramai juga berpendirian demi menjaga imej negara, Agong sepatutnya tidak tergesa – gesa mencari pasangan.

28. Beliau sepatutnya menyelidik latar belakang wanita tersebut.

29. Tidak boleh dibayangkan jika ada mereka yang kreatif dan nakal mempamerkan potrait Agong bersama Permaisuri ( ? ) baru dengan gambar – gambar seksi beliau di sebelahnya.

30. Terserahlah sama ada Kerajaan mahu mengiktiraf  wanita Russia ini sebagai Permaisuri atau tidak.

31. Satelah menceraikan isteri pertamanya, Tengku Zubaidah Tengku Norudin maka tidaklah menjadi kesalahan bagi beliau mempunyai pasangan hidup baru.

32. Yang bernikah bukankah Faris bin Ismail tapi Tengku Faris bin Tengku Ismail, Yang Dipertuan Agong.

33. Agong adalah LAMBANG NEGARA,  bukannya mat pit atau penghisap dadah tegar yang kahwin di merata tempat secara senyap – senyap dan selepas itu membawa balik isterinya ke rumah ibu bapa untuk diperkenalkan dan mahu dihormati?

34. Apa agaknya perasaan orang tua bila anak yang dilahirkan dan dibelai hingga dewasa berperangai sedemikian.

35. Sejak dulu lagi sudah menjadi amalan sesetengah keturunan Raja berkahwin dengan sesiapa sahaja khasnya dengan dengan bangsa kulit putih, tak kira sama ada pernah berkahwin atau bujang.

36. Kira – kira 11 bulan selepas ditabalkan sebagai Raja England  iaitu pada  11hb Disember 1936 King Edward melepaskan takhta tersebut.

37. Beliau berbuat demikian atas sebab

bagi mengkahwini seorang janda Amerika, Wallis  Simpson dan pada masa yang sama bagi menjaga tradisi, kedaulatan Institusi Raja itu sendiri dan nama baik Empayar Great Britain.

38. Tindakan King Edward itu membuktikan beliau tidak mementingkan pangkat dan kedudukan; nama beliau masih disebut dan dihormati sehingga sekarang.

39. Selepas  turun takhta secara sukarela,  Kerajaan Great Britain memberi gelaran ‘The Duke of Windsor’ kepada beliau namun isterinya itu TIDAK dibenar menggunakan gelaran ‘Her Royal Highness’.

40. Kisah Agong berkahwin dengan wanita Russia ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Inggeris  arahan Ian Flemings berjodol ‘ FROM  RUSSIA  WITH  LOVE ‘.

41. Ia berkisar kepada seorang perisik England, James Bond yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis rupawan Russia yang telah dilatih sebagai perisik atau Agent Russia.

42. ‘Bak Sireh Pulang Ke Gagangnya’ maka Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob,  timbalannya Nik Amar dan rakyat Serambi Mekah itu bolehlah menyediakan beberapa ekor gajah putih sebagai persediaan menyambut secara besar – besaran dengan penuh tradisi kepulangan Sultan mereka dan Sultanah atau Permaisuri baru  mereka – Tahniah !!!

43. Pahala dan Syurga Bukan Terletak Pada Jubah, Kopiah dan Tudung Yang Kita Pakai tetapi IMAN.

44. SEMOGA TIDAK ADA MUSUH DALAM SELIMUT.

Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.