Terima Bayaran RM35 Juta, Rajinikanth Berlakon 50 Hari Lagi Di Malaysia

KUALA LUMPUR ― Rajinikanth, bintang besar filem Tamil, akan kembali ke Malaysia bulan depan bagi meneruskan penggambaran “Kabali”, yang membayarnya RM35 juta.

 

“Dia akan menetap di sini selama 50 hari sehingga 15 Februari,” kata Datuk Abdul Malik Dasthigeer kepada Harian Metro.

 

Pengarah urusan Malik Streams Corporation, syarikat pengeluar filem di Malaysia, yang bertanggungjawab membawa “Kabali” untuk menjalankan penggambaran di negara ini.

 

“Sebaik mendengar Kabali akan menjalani penggambaran di Singapura, saya segera ke India bertemu (pengarah filem) Ranjith dan bercerita mengenai lokasi menarik di Malaysia terutama Melaka dan KLCC.

 

“Pada Jun lalu, mereka datang ke Malaysia untuk meninjau lokasi sesuai. Mereka kagum dengan keindahan negara ini dan bersetuju menjalankan penggambaran di sini,” beliau dilaporkan berkata.

 

Rajinikanth, 66, berada di Malaysia dari 27 Oktober hingga 21 November lalu bagi penggambaran filemnya yang ke-159.

 

Lokasi-lokasi penggambaran filem “Kabali” tempoh hari termasuklah bandar Melaka, Batu Caves dan Klang (di Selangor), Bangsar (Kuala Lumpur) dan KLIA2.

 

Filem arahan P Ranjith dengan kos pembikinan RM80 juta turut melibatkan penggambaran di Thailand dan India. Ia dijangka menemui penonton pada Jun tahun depan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.