Ronaldo ‘Tayang’ Rumah Mewah RM30 juta

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, 30, akhirnya mendedahkan kediamannya untuk tatapan umum.

 

Video yang dirakam sebuah laman web sukan, Unscriptd Sport itu kemudiannya dikongsi Ronaldo di akaun Facebook rasminya.

 

Rumah yang berharga kira-kira 4.8 juta pound (RM30 juta) itu terletak di sebuah kawasan perumahan mewah Pozuelo de Alarcon, Sepanyol.

 

Kawasan  perumahan itu juga terletak 10 kilometer dari Madrid yang juga merupakan kawasan kediaman beberapa rakan sepasukan Ronaldo, termasuk Gareth Bale.

 

Kediaman yang mempunyai tujuh buah bilik tidur dan lapan bilik air itu turut dilengkapi sebuah kolam renang dan sebuah padang bola sepak mini. Sebuah bilik khas direka untuk meletakkan semua trofi dan anugerah yang dimenangi. Malah, anaknya, Cristiano Ronaldo Jr, turut mempunyai bilik permainan sendiri.

 

Menurut Ronaldo, bilik tidur adalah ruang terpenting di rumahnya kerana dia memerlukan rehat yang cukup dan berkualiti supaya dapat beraksi dengan baik di padang.

 

Difahamkan, pemenang tiga kali anugerah Ballon d’Or FIFA itu dibayar RM1.7 juta seminggu bersama Real Madrid.
Selain Sepanyol, Ronaldo juga mempunyai sebuah apartment mewah di New York, Amerika Syarikat yang dianggarkan berharga 11.8 juta pound (RM75 juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.