PAN Sedia Berdepan Dengan PAS Di Kelantan

PENDANG – Parti Amanah Negara (PAN) tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, walaupun terpaksa berdepan dengan PAS.

 

Perkara itu dinyatakan Presidennya, Mohamad Sabu, sekali gus mengandaikan kemungkinan wujud saingan tiga penjuru antara PAN, PAS dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu nanti.

 

“Perkembangan semasa mengenai sambutan masyarakat di negeri itu terhadap PAN akan menjadi penentu kepada percaturan politik pakatan pembangkang pada PRU-14.

 

“Pada saya adalah lebih baik jika Kelantan jatuh ke tangan PAN berbanding parti lain. Kita belum putuskan secara muktamad, tetapi perkembangan di Kelantan terhadap PAN kini amat memberangsangkan berbanding negeri lain,” katanya pada sidang media sempena Jelajah Treler Pakatan Rakyat, di sini.

 

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu mengakui kerjasama antara PAS dan UMNO bakal memberi kelebihan kepada parti baharu diterajuinya itu, terutama dalam menambah jumlah keahlian. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.