Saya Orang Malaysia Dan Islam, Tidak Akan Berbogel Bercium Dan Lakukan Hubungan Intim – Jue

Kuala Lumpur – Meskipun sudah menandatangani kontrak dengan agensi bakat pengurusan Boby Ball untuk menguruskan kerjaya seninya di Los Angeles, namun pelakon Juliana Evans meletakkan syarat ketat kepada agensi tersebut iaitu dia tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam sebarang tawaran seni yang datang kepadanya.

Kata Jue, dia sedar keterbukaan masyarakat di AS dan syarat itu akan membataskan kerjayanya di sana. Bagaimanapun, Jue tidak sanggup menggadaikan maruah dan prinsip demi seni.

“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berbogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya.

“Sebagai orang Malaysia dan Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya reda, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,” tuturnya.

Selain syarat ketat yang diletakkan Jue yang berketurunan Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu), masalah terbesarnya di Los Angeles ialah loghat bahasa Inggerisnya yang masih terikat dengan bahasa Inggeris orang Melayu.

“Walaupun saya berasal dari Asia, namun wajah saya lebih mirip kepada gadis Amerika. Kata pihak agensi saya, tawaran lakonan akan lebih kepada watak gadis Barat bukannya Asia, tetapi masalah saya sebutan bahasa Inggeris saya masih kaya dengan loghat Inggeris Melayu sedangkan mereka mahu saya bertutur seperti orang Amerika.

“Oleh itu, saya harus banyak berlatih pertuturan supaya kedengaran seperti orang sana. Walaupun saya boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik dan belajar tiga tahun di sana tetapi loghat mereka sukar diikuti,” katanya

Pelakon berusia 25 tahun ini baru saja Setelah tamat pengajiann dan berjaya engenggam segulung ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Perfileman dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat. Kemudian dia mengikuti pula program jangka pendek di Akademi Filem New York, sebelum pulang ke Malaysia pada pertengahan November lalu.
sumber : Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.