Puteri UMNO Sabah Sambut Baik Pendaftaran Online, Jangka Tambah Bilangan Keahlian

Kota Kinabalu – Pendaftaran keahlian secara online dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disambut baik oleh Puteri UMNO Sabah.

Ketuanya, Normala Rasik berkata, pada masa sekarang pergerakan itu mempunyai lebih 56,000 ahli dan pendaftaran keahlian secara online menjadi pemangkin.

“Dengan sistem ini, kita boleh mendekati bakal ahli dengan aktif dan mendaftarkan mereka dengan senang dan pantas,” kata beliau.

Ketua Puteri UMNO Kudat Sabah itu menjangkakan pengenalan pendaftaran ahli secara online ini akan menambahkan lagi bilangan ahli UMNO kerana ianya memudahkan proses pendaftaran..

Menurut Normala lagi, UMNO akan menganjurkan lebih banyak kursus IT dan Media Sosial untuk bahagian Puteri UMNO.

“Selepas menghadiri kursus pada hari Sabtu, kami mendapati bahawa media sosial bukan sahaja saluran untuk kita berkomunikasi dengan satu sama lain,” katanya, dan menambah: “Ia juga boleh menjadi forum dan landasan untuk perbincangan dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa.”

Tambah Normala lagi, pihaknya mewakili UMNO dan Pergerakan Puteri menyeru pengguna media sosial untuk meletakkan kepentingan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum benda-benda lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.