Penyatuan UMNO-Pas Mustahil Dalam Keadaan Politik Sekarang, Perlukan Strategi Yang Serius – Hassan Mad

Kuala Lumpur – Pemimpin politik Melayu seharusnya menghentikan retorik mengenai penyatuan UMNO dan PAS dalam usaha menangani kemerosotan kuasa politik Melayu, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hassan Mad berkata, mereka sepatutnya berpandangan jauh dan realistik dengan mengetepikan perbezaan ideologi yang menyukarkan dua parti untuk duduk semeja membincangkan agenda kepentingan Islam dan Melayu.

Katanya, idea penyatuan UMNO dan PAS mustahil untuk dilaksanakan dalam keadaan politik sekarang kerana kedua-duanya perlu membentuk pakatan strategik terlebih dahulu bagi mengelak perpecahan masyarakat Melayu semakin serius.

“Pucuk kepemimpinan UMNO dan PAS seharusnya mengetepikan pertelagahan yang dimulakan pemimpin terdahulu, sebaliknya perlu senada dalam agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Oleh itu, kita tidak perlu retorik untuk melihat penyatuan UMNO dan PAS kerana usaha berkenaan tidak mungkin berjaya,” katanya, lapor Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyarankan penyatuan UMNO dan PAS untuk mengelak kuasa politik Melayu terus merosot.

Saranan itu susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa apabila orang Melayu yang berpecah melalui UMNO, PAS dan PKR terpaksa mengemis dengan bangsa lain, terutama Cina bagi mendapatkan sokongan untuk memperoleh kuasa memerintah.

Cadangan tersebut juga dipersetujui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang menegaskan PAS dan UMNO perlu bekerjasama demi memastikan kekuatan umat Islam terus kukuh di negara ini.

Muhyiddin berkata, jika mahu melihat perpaduan umat Islam terus kukuh, PAS dan UMNO perlu bersama dan bekerja sebagai satu kumpulan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.