Kes Saman Teresa-Syed Hamid Albar Ditangguhkan, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru 29 Disember

Kuala Lumpur – Keputusan kes saman Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga 29 Disember.

Peguam Sankara Nair yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu memberitahu pemberita, mahkamah menangguhkan keputusan kerana Hakim Datuk Su Geok Yiam bercuti kecemasan hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 13 Mac 2009, ADUN Kinrara itu mendakwa pihak polis melakukan kecuaian dengan menahannya mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Teresa mendakwa penahanan tersebut dibuat tanpa sebarang alasan yang munasabah, tidak sah dan tanpa sebarang justifikasi (kewajaran) pada 12 hingga 19 September 2008. – Rakyatnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.