Aishah Sinclair Ganti Sarimah Ibrahim

Kuala Lumpur – MIX fm hari ini telah mengumumkan kedatangan peyampai baru, Aishah Sinclair bagi rancangan MIX fm Breakfast bagi menggantikan Sarimah Ibrahim.

Gandingan Aishah dan Rod dalam MIX fm Breakfast  telah pun ke udara pada Isnin buat kali pertamanya.
Aishah yang juga merupakan pelakon dan juga peguam sememangnya tidak asing lagi dalam dunia penyiaran.

Menurut Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio, Raqeem Brian, kehadiran Aishah akan memberi satu nafas baru buat MIX fm.

“Kami gembira degan kehadiran Aishah bersama keluarga barunya MIX fm, kami percaya dengan adanya personaliti dan pengetahuan daam bidang penyiaran, beliau akan menyampaikan persembahan yang terbaik sebagai platform radio-pendengaran untuk pendengar MIX fm.

“MIX fm kini akan terus bersaing dari masa ke semasa dan secara tidak langsung menjadikan stesen ini sebagai stesen kegemaran di kalangan pendengar yang berumur 25 hingga 39 tahun” kata Raqeem.

MIX fm merupakan stesen radio berbahasa Inggeris yang sering memainkan lagu-lagu kontemporari era 90 hingga kini.

The New MIX fm Breakfast with Aishah and Rod akan dikelolakan bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari. – Awani

One thought on “Aishah Sinclair Ganti Sarimah Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.