Ahli Kumpulan Sarkas Buat Terjunan Setinggi 2,438 Meter Guna Belon 90 Biji

Los Angeles – Seorang lelaki yang gemar melakukan aksi berbahaya telah membuat terjunan setinggi 2,438 meter menggunakan 90 biji belon sebelum dia bertindak menembak belon-belon itu semasa dalam terjunan.

Menurut laporan portal Daily Dot, lelaki itu, Erik Roner yang juga merupakan ahli kumpulan sarkas, Nitro Circus telah melakukan aksi tersebut dengan duduk di atas kerusi malas yang diikat dengan 90 biji belon berisi gas helium.

Dia merakam sendiri aksi terjunan itu dengan menggunakan kamera yang dipasang pada topi keledar keselamatan.

“Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain melakukan aksi berbahaya ini,” kata Roner semasa berada pada ketinggian 2,448 meter dan bersedia untuk terjun.

Lelaki itu dilihat menembak belon-belon yang diikat pada kerusinya satu persatu sebelum membuka payung terjun dan telah melakukan pendaratan dengan selamat. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.