Adlin Selar Tindakan Zed Terhadap Vanidah

Petaling Jaya – Pelakon Adlin Aman Ramlie menganggap tindakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi membuat laporan polis terhadap bendahari persatuan itu, aktres Vanidah Imran pada Jumaat lalu adalah tindakan yang tidak wajar.

Adlin yang memegang jawatan sebagai  juru audit persatuan itu berkata, apa yang dilakukan Zed hanyalah membuka pekong persatuan kepada khalayak.

“Saya tidak setuju dan mengecam tindakan dia membuat laporan polis sebelum berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.

“Tindakan itu hanya membuka pekung persatuan kepada umum dan orang sendiri tahu tentang kegagalan dia menerajui persatuan,” ujarnya.

Dalam pada itu Adlin berkata, apa juga yang berlaku dalam persatuan seharusnya dibawa berbincang dan rahsianya disimpan daripada diketahui pihak luar.

Tambahnya, sepanjang perlantikan barisan baharu pada September lalu, Zed masih tidak dapat mengendalikan Seniman dengan baik.

“Dia yang seharusnya letak jawatan kerana tidak boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa lain dengan baik dan membuat keputusan tanpa berbincang,” ujarnya.

sumber : mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.