Najib Dan Isteri Tunai Umrah

MAKKAH, 23 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di sini pada Ahad malam.

Najib memulakan tuntutan ibadah itu dengan bertawaf mengelilingi Baitullah, sebanyak tujuh kali bersama Rosmah.

Selesai bertawaf, perdana menteri dan isteri mengerjakan solat sunat tawaf sebelum melakukan ibadah Sai’e dan bertahallul.

Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.

Dan semalam, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi.

Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D’Saji dalam suasana santai sambil bersarapan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.