Helikopter Nuri Mendarat Cemas Di Pulau Perak, Dekat Kedah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama Isnin mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.