Memetik laporan Utusan Online, Hishamuddin berkata ianya adalah kerana apa yang Waytha lakukan sejak memegang portfolio tersebut tidak membawa kepada pengukuhan perpaduan negara.

“Jawatan yang dipegang oleh Waytha Moorthy itu, menteri perpaduan saya tak melihat dia sebagai menteri perpaduan pada hari ini, saya minta maaf saya lihat dia menteri perpecahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam forum Apa Perlunya ICERD Untuk Malaysia, di sini malam tadi.

Hishammudin berkata, dalam isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kerajaan telah melakukan kesilapan apabila memberitahu untuk meratifikasinya sebelum perbincangan dilakukan.

Ujarnya, perkara pokok yang perlu diberikan keutamaan adalah memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan.