UMNO Bimbang Keputusan PH Tolak ICERD Akan Berubah

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan perlu menyatakan pendirian rasmi untuk tidak mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di dewan Rakyat.

Kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ia penting bagi mengelakkan keputusan terkini yang baharu diumumkan petang tadi tidak akan berubah.

“Namun keputusan Kabinet Kerajaan PH ini mesti diperkukuhkan dengan membuat pendirian rasmi dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

“Ini penting supaya usaha meratifikasikan ICERD tidak diteruskan pada masa akan datang.

“Ini kerana kita bimbang keputusan Kabinet PH ini hanya bersifat sementara,” katanya menerusi kenyataan.

Isu ICERD yang menimbulkan pelbagai reaksi tambah beliau perlu menjadi pengajaran kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak mencadangkan isu berkaitan kepentingan agama Islam dan kedudukan Melayu Bumiptera pada masa depan.

“Jangan sesekali menyentuh perkara berkaitan kepentingan Islam, Institusi Raja, Kepentingan Melayu dan Bumiputra.

“Apabila disebut perkara ini bukan bermakna ia mengenepikan kepentingan agama dan kaum lain. Perkara berkenaan dipertahan kerana ianya telah lama dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

Dalam pada itu, UMNO kata Anuar akan membuat keputusan rasmi yang akan dibuat pemimpin tertinggi parti mengenai Perhimpunan Aman Ummah yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan himpunan itu akan diteruskan bagaimanapun rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.