Tak Tahu Pasal MRT Tapi Nak Laksana Harapan Coin, Najib Perli Khalid Samad

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangannya terhadap cadangan untuk melaksanakan matawang kripto Harapan Coin dalam pentadbiran negara ini yang dikhuatiri akan menerima nasib seperti Bitcoin. 

Kata Najib, urusniaga menggunakan matawang kripto mempunyai pelbagai risiko kerana ia tidak mempunyai sistem kawal selia oleh pihak berkuasa kewangan justeru ia mendedahkan penggunanya kepada kerugian dan tidak terkecuali menjadi mangsa penipuan.

“Baru-baru ini, timbul pula seorang Menteri yang tidak tahu pun mengenai MRT kita tetapi mahu laksanakan matawang kripto Harapan Coin (projek dia dengan rakan-rakan) yang mungkin digunakan dalam transaksi kerajaan.

“Beratus bilion transaksi dengan Kerajaan, saudara-saudari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Memberi contoh matawang kripto Bitcoin yang pernah menjadi fenomena, Najib berkata Bitcoin pernah mencapai harga setinggi US$ 19,870.62 pada Disember tahun lalu, namun awal tahun ini, nilai 1 Bitcoin dijual beli di pasaran pada harga kira-kira US$17,000.

“Baru-baru ini, harga 1 Bitcoin hanya US$ 4,441.81. Bitcoin telah hilang 78% nilainya sejak Disember 2017.

“Dalam kata mudah, jika sesiapa ada pegangan Bitcoin bernilai RM100 misalnya, kini nilainya cuma RM22. 

“Sesiapa yang berminat menggunakan matawang kripto perlulah faham risikonya iaitu harga tidak stabil malah nilainya boleh susut berpuluh peratus, selain turut terdedah kepada serangan siber,” katanya.

Malah katanya penipuan juga boleh berlaku di pasaran dan pemegang matawang kripto tidak ada perlindungan.

“Dengan halatuju Kerajaan baharu ini, saya bimbang ia akan menimbulkan kesan negatif yang besar terhadap rakyat selain ancaman kepada kestabilan pasaran kewangan hari ini. 

“Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti perlu berhati-hati dalam segala garis panduan dan pelaksanaan undang-undang dalam hal matawang kripto.

“Fikirkanlah rakyat dan negara,” katanya lagi.

Baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata rancangan untuk menjadikan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan PH pada masa depan, masih diteruskan.

Khalid, yang merupakan pengasas bersama projek itu, dilaporkan berkata kertas kerja dan pembentangan projek itu akan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Najib sebelum ini pernah mendesak Khalid mendedahkan dalang sebalik projek Harapan Coin itu kerana beliau meragui agenda memperkenalkan matawang digital itu untuk transaksi kerajaan seperti pembayaran lesen dan saman.

Malah, Badan pemikir Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) turut menyuarakan kebimbangan berhubung projek Harapan Coin yang disifatkan sebagai bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik. -SuaraTv 

3 thoughts on “Tak Tahu Pasal MRT Tapi Nak Laksana Harapan Coin, Najib Perli Khalid Samad

  • November 24, 2018 at 5:02 am
    Permalink

    Kau memang serba bolih?? Segala2nya yg elok tak elok semua bolih?? Org lain tak pandai?? Kau je yg pandai?? Apa2 pun kau memang serba serbi bolih??

    Reply
  • November 24, 2018 at 5:11 am
    Permalink

    Jgn nanti bicara tak pula bolih jawab. tepis. ? Punca salah korup kau?? Semua jawatan kau pegang?? Nk kawal tegah mcma? Semua kau cakap ..kau setuju..kau lulus..kau sign??? Salah sapa lagi?? Sapa bodoh bangang jika kau cakap JL tipu?? Org terbodoh rupanya!!!
    Smga terbukti jahat korup kau dn kroni2 kuncu2… sejarah dimalaysia berkisahkan korup pecah amanah salah guna kuasa?? Khianati rakyat sendiri??

    Reply
  • November 24, 2018 at 5:15 am
    Permalink

    Perosak segalanya.. biar mahkamah dapat berjaya buktikan pesalah2..yg terlibat bersama kau!!! Saksi bukti cukup kukuh tepat!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.