PRK Rantau: Jentera PAS Siap Sedia Bantu Kempen Tok Mat

SEREMBAN – Jentera PAS Negeri Sembilan siap sedia untuk turun membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Mohd Nasaruddin Baharuddin, berkata pihaknya akan bersama UMNO dalam usaha mempertahankan kerusi sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK diadakan.

“Kita sudah bersedia dan menyatakan sokongan penuh. Kita menunggu arahan PAS Pusat untuk turun membantu UMNO di PRK nanti,” ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, semalam.

Pada 17 November lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, sokongan akan diberi oleh PAS kepada Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada berbentuk undi ataupun jentera pilihan raya.

Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini Jumaat lalu memutuskan kemenangan tanpa bertanding Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau pada PRU-14 lalu, batal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar, yang turut memutuskan PRK bagi DUN Rantau perlu diadakan serta-merta. – BH

2 thoughts on “PRK Rantau: Jentera PAS Siap Sedia Bantu Kempen Tok Mat

  • November 23, 2018 at 12:37 pm
    Permalink

    PH tetap terbaik!! Rakyat harus pilih yg bersih amanah tiada rasuah salahlaku kuasa??? Ingatlah jgn 2x teraniaya dikhianati olih org yg kita undi??

    Reply
  • November 23, 2018 at 12:39 pm
    Permalink

    Gabung tambah hilang undi…hari2 akan hilang pengundi… sbb nama da rosak jadi terus rosak??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.