Najib Simpati & Akan Cuba Bantu Peneroka FELDA

KUALA LUMPUR – Tidak lagi memegang jawatan penting tidak menghalang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat lebih-lebih lagi buat peneroka FELDA.

Najib berkata yang dipetik dari Sinar Harian, beliau akan mencuba dan ikhtiar membantu kerana simpati dengan nasib yang menimpa peneroka FELDA selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya sudah tidak ada kuasa, saya cuma ada kemampuan untuk buat ucapan di Parlimen, dalam Facebook, Twitter dan sebagainya.

“Saya akan teruskan sebab itu tanggungjawab saya. Saya nak buat apa-apa yang boleh bantu rakyat dan saya Insya-ALLAH akan teruskan,” kata Najib.

Ketika ini peneroka FELDA sendiri mendakwa kehidupan mereka sebagai peneroka semakin suram selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Katanya, ketika bertemu peneroka di Jengka 10, Pahang baru-baru ini, ada yang mendakwa pendapatan mereka hanya RM300 sekarang berbanding lebih RM3,000 sebelum PRU14 lalu.

“Inilah hakikat yang dihadapi, sebab (itu) saya tak hairan ada pertanyaan tadi (tentang hasil peneroka kurang).

“Di dalam rancangan FELDA, dahlah pendapatan kurang, lambat pula bayaran itu. Ini menyebabkan di dalam kawasan-kawasan FELDA, keadaan sekarang ini begitu suram. Ada orang kata bukan suram, tapi ‘kami berkabung’. Saya nampak bukan sahaja FELDA, tetapi keseluruhan kawasan luar bandar (begini isunya),” katanya. – Suara.TV

6 thoughts on “Najib Simpati & Akan Cuba Bantu Peneroka FELDA

  • November 23, 2018 at 10:02 am
    Permalink

    Wayang lebih?? Rakyat mual muak meluat menyampah dah?
    Dulu buat apa??

    Reply
  • November 23, 2018 at 10:03 am
    Permalink

    Usahlah nk raih simpati alih tumpuan rakyat?? Pelakon no1 perosak segala2nya!!! Rosak dah teruk??

    Reply
  • November 23, 2018 at 10:04 am
    Permalink

    Cepat2lah jatuh hukum yg dia rasa mcm tak bersalah!! Muak mual muntah!!!

    Reply
  • November 23, 2018 at 10:05 am
    Permalink

    Rakyat langsung tk perlu org spt ini?? Perosak??

    Reply
  • November 23, 2018 at 10:06 am
    Permalink

    Khianati rakyat yg pilih kau??

    Reply
  • November 23, 2018 at 10:07 am
    Permalink

    Hidup kau dgn dunia rasuah ??
    Tk selamat punya??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.