Mahkamah Bebas Tian Chua Dari Tuduhan Menghasut Atas Alasan Kebebasan Bersuara

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan bekas ahli Parlimen Batu Tian Chua atas tuduhan mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan dalam ucapannya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, Tian Chua tidak menafikan beliau mengeluarkan kata-kata itu tetapi analisis lanjut berhubung kenyataannya itu menunjukkan beliau tidak berhujah mengenai pertukaran kerajaan secara tidak sah.

“Beliau cuma mahu menunjukkan kesilapan dalam pentadbiran kerajaan yang dikira pembelaan di bawah Akta Hasutan,” katanya ketika membenarkan rayuan Tian Chua untuk mengetepikan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen.

Naib presiden PKR itu menggunakan perkataan seperti ‘bangkit’, ‘turun ke jalan’ tidak lama selepas PRU13 pada 5 Mei 2013.

Nazlan berkata mahkamah juga perlu mengiktirafkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengamalkan kebebasan bersuara.

“Hak ini selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Himpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau juga berkata kebebasan harus diberikan dalam kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat, yang terang-terang perbincangan politik dan kritikan terhadap kerajaan tidak dapat diadakan.

“Kebebasan sedemikian mesti diberikan kepada perayu (Tian Chua) sejak kebebasannya dipertaruhkan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Awam, Mohd Azmi Mashud memberitahu mahkamah mereka tidak menyokong hukuman yang disabitkan oleh mahkamah 2 tahun lalu. Beliau juga menarik balik rayuan terhadap hukuman ke atas Tian Chua.

Peguam N Surendan dan Lateefa Koya mewakili Tian Chua.

Pada 28 Sept 2016, Tian Chua yang kini naib presiden PKR dijatuhi hukuman penjara 3 bulan dan denda RM1,800 selepas didapati salah mengeluarkan kata-kata bersifat hasutan.

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan memutuskan pihak pendakwa berjaya membuktikan kes itu tanpa keraguan.

Tian Chua didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan pada 29 Mei 2013 kerana membuat ucapan hasutan di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.