Video: Mempelai Lelaki Pukul Pintu Kaca Hingga Pengiring Pengantin Berdarah-darah, Alasannya Kerana Tradisi

Melakukan tradisi permainan di hari pernikahan sudah menjadi tradisi lama di Tiongkok, China

Dalam permainan tersebut, mempelai lelaki diharuskan melepasi atau menempuh pelbagai rintangan yang sudah disusun oleh para pengiring pengantin.

Namun, baru baru ini  permainan tersebut dianggap berlebihan kerana kadang-kadang melibatkan adegan sensual dan kelakuan yang tidak masuk akal. Bahkan baru-baru ini, permainan ini dikatakan melibatkan tukul besi.

Majlis perkahwinan yang baru saja diadakan ini menjadi viral lantaran gambar-gambar pengiring pengantin wanita yang wajahnya terluka telah tersebar di media sosial. Wajah para pengiring wanita tersebut dikhabarkan terluka kerana terkena kaca.

Menurut China Press, para pengantin lelaki beserta rombongan tiba di rumah pengantin perempuan dengan pintu rumah yang dikunci dengan sengaja.

Wedding games

Pengantin wanita dan para pengiringnya berada di dalam rumah sementara menunggu para rombongan lelaki dan pengantinya menemukan cara untuk masuk.

Tiba-tiba, salah seorang rombongan pengantin lelaki mulai memukul pintu rumah dengan tukul besi besar.

Dia dengan kasar memukul pintu sementara yang lain hanya bersorak.

Wedding games

Akibatnya, beberapa potongan kaca terbang merata rata bahkan mengenai wajah dan bahagian tubuh para pengiring pengantin wanita.

Mereka bahkan meninggalkan rumah sambil menangis dan meminta bantuan.

Wedding games
Wedding games (YouTube)

Nasib baik, tidak ada dari mereka yang mengalami luka serius.

Video yang tersebar di YouTube dan media sosial ini membuatkan ramai netizen yang berasa marah.

Ramai yang beranggapan bahawa aksi tersebut terlalu kasar dan tidak baik.

Namun, ada pula yang beranggapan bahawa merosakkan pintu rumah termasuk tradisi unik pernikahan di Changsha, tempat asal pengantin lelaki.

Lihat Video Ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.