SPRM Tahan Kakitangan AADK Disyaki Minta Suapan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas disyaki meminta suapan sebanyak RM500 daripada seorang pengadu, semalam.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof berkata wang suapan itu diminta daripada pengadu sebagai balasan menyelesaikan waran tangkapan kerana positif ujian saringan air kencing.

Katanya, suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Tanah Merah pukul 5.35 petang semalam.

“SPRM Kelantan masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi atau menawarkan suapan.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.