Sime Darby FC Tarik Diri Saingan Liga Malaysia 2018

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Sime Darby FC (SDFC), yang mengesahkan slot ke Liga  Perdana 2018 selepas menjuarai Piala FAM musim ini, melakukan kejutan apabila mengambil keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga Perdana musim depan.

Keputusan drastik itu diumumkan oleh kelab tersebut menerusi laman sesawangnya;www.simedarbyfc.com.

Bagaimanapun, kelab itu mengesahkan bahawa mereka akan tetap bertanding dalam Liga Bola SepakBahagian Satu Kuala Lumpur yang bermula 7 Dis ini kerana merupakan ahli gabungan Persatuan Bola SepakKuala Lumpur (KLFA), lapor Bernama.

Kelab berkenaan memaklumkan mereka akan memberi fokus kepada program pembangunan bola sepakbawah 12 tahun bermula Januari depan di Padang Latihan SDFC, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tiada sebab dinyatakan kelab berkenaan mengenai punca mereka menarik diri namun ia dipercayai akibatpeningkatan kos kewangan yang terpaksa ditanggung pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia setiap tahun.

Untuk rekod, SDFC atau lebih dikenali dengan panggilan ‘The Giant Killers’ mula mencipta nama setelahmuncul juara Piala FAM pada 2010 sebelum layak beraksi dalam saingan Liga Perdana selama tiga tahun dari2011-2013.

Pasukan berkenaan beraksi dalam Liga Super selama dua musim dari 2014-2015 sebelum turun ke LigaPerdana pada 2016.

Pencapaian terbaik pasukan berkenaan adalah mara ke final Piala FA pada 2012 namun tewas 1-0kepadaKelantan pada aksi final.

Mereka pernah dinobatkan sebagai kelab bola sepak terbaik 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.