Putin Dedah Rancangan Akhiri Krisis Di Syria

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan rancangan kepada kongres keamanan Syria sebagai usaha menamatkan krisis perang saudara di rantau tersebut yang sudah berterusan selama enam tahun.

BBC melaporkan, Putin membuat pengumuman tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Sochi, lapor Utusan.

Menerusi satu kenyataan bersama, ketiga-tiga pemimpin tersebut menggesa kerajaan Syria dan pihak pemberontak saling berkerjasama untuk mencapai keamanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.