Jamal Lancar Bersih 7, Selamatkan Selangor Daripada Pakatan Harapan

SHAH ALAM – Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini melancarkan Bersih 7 Selamatkan Selangor untuk menyelamatkan negeri tersebut daripada pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Azmin Ali dan partinya, PKR.

 

Jamal berkata, Bersih 7 akan menjelajah ke 700 lokasi sekitar Selangor dalam masa empat bulan dimana Sekincan menjadi lokasi pertama bagi jelajah tersebut.

 

Jelajah itu akan bermula Sabtu ini dan berakhir April tahun depan.

 

“Kita nak bersihkan kerajaan Selangor yang kotor, korup, menipu dan penyamun ini,” katanya dalam sidang media pelancaran program tersebut di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

 

Jamal berkata ia sebagai menunjukkan definisi bersih kepada rakyat, terutamanya di Selangor susulan perhimpunan Bersih 5 Sabtu lalu yang disifatkan sebagai gagal.

 

“Tujuh perkara yang kami tuntut dan kita ambil nama bersih (Bersih 5) yang telah gagal supaya nama bersih ini benar-benar ‘bersih’.

 

Terdahulu, Bersih 7 menuntut kerajaan negeri yang telus, bersih dan berintegriti; manifesto dan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, keperluan air bersih, penyelewengan wang rakyat, pemilikan rumah mampu milik, penghapusan kronisme dan kerajaan ‘carca marba’.

 

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar memaklumkan bahawa beliau yakin program itu akan berjaya mencapai matlamatnya menjelang PRU ke-14.

 

 

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Jamal berkata beliau tidak kisah dipanggil busuk.

 

Ini kerana beliau yakin biarpun tidak mandi, beliau memiliki hati yang bersih dan murni.

 

“Saya sebulan pun tak mandi tetapi kerana jiwa, hati saya ini bersih dan murni, segala kekotoran yang ada pada luaran saya akan dibersihkan daripada dalaman saya,” katanya.

 

Terdahulu, Jamal dibebaskan dari tahanan reman Selasa lalu selepas ditahan selama empat hari di sebuah hotel di ibu negara, bagi membantu siasatan berhubung insiden di sebuah pusat beli-belah di Ampang, pada Ahad.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!