Pelarian Syria Diibaratkan Anjing Gila

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . “Kita mesti mengimbangkan antara isu keselamatan dan kemanusiaan. Jika ada anjing gila berkeliaran di kawasan kejiranan anda, sudah tentu anda menganggap sesuatu yang buruk bakal berlaku,” kata seorang calon yang bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Ben Carson.

 

Carson mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menyamakan pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Syria sebagai anjing gila turut mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama yang bercadang membawa masuk kira-kira 10,000 pelarian Syria ke AS.

 

Pakar bedah otak yang telah bersara membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya di Alabama, kelmarin.

 

“Satu mekanisme perlu diwujudkan  bagi menapis pelarian, supaya kita boleh mengesan anjing-anjing gila ini,” katanya, lapor AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!