Video: Cuci Kuali Roti Canai Dengan Mop Lantai

Kuala Lumpur – Tindakan seorang pekerja restoran di Setiawangsa yang mengunakan mop lantai untuk mencuci kuali leper menimbulkan kemarahan salah seorang pelanggan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, pelanggan tersebut kemudiannya merakamkan perbuatan tersebut mengunakan telefon bimbit sebelum mengirimkannya kepada pemilik restoran terbabit.

Menyedari akan kesilapan yang di lakukan oleh pekerja tersebut, majikan restoran terbabit lantas mengambil tindakan terhadap perbuatan yang menjijikan itu.

Menurut sumber SuaraTV pemilik restoran terbabit mengakui rakaman berdurasi itu 0:43 saat itu berlaku direstoran miliknya.

“Memang kejadian (tersebut berlaku) di premis kami di Setiawangsa. Dah siasat awal pagi tadi (dan pekerja tersebut) telah di ambil tindakan.

“Kami akan beri perhatian yang lebih dalam isu-isu seperti ini” kata pemilik restoran terbabit kepada pengadu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.