Selena Gomez Bakal Lancar Album Baru

New York – Selena Gomez bakal melancarkan album terbaharunya berjudul For You dalam masa terdekat ini.

Namun, segelintir pemerhati hiburan di Hollywood mendapati perkara yang janggal terhadap salah satu single dalam album tersebut berjudul Do It.

Menurut mereka, lagu tersebut menceritakan tentang hubungan cinta penyanyi itu dengan bekas kekasihnya Justin Bieber.

Seperti dipetik Hollywood Life, ia banyak menceritakan tentang dua pasangan yang saling menggoda untuk melakukan hubungan asmara.

Bagaimanapun, hingga kini Selena belum memberi sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.