Messi Pecah Rekod La Liga

Madrid – Lionel Messi memecahkan rekod berusia 59 tahun Telmo Zarra sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah La Liga dengan hatrik menakjubkan ketika menentang Sevilla pada hari Sabtu.

Bintang Argentina itu membuka jaringan dengan sepakan percuma menarik untuk menyamakan rekod Zarra iaitu sebanyak 251 gol dalam 289 perlawanan La Liga yang disertainya.

Beliau kemudian telah mencatatkan rekod baru apabila memanfaatkan hantaran Neymar untuk menetapkan rekod baru secara peribadi dan jaringan keempat untuk pasukannya.

Messi dilemparkan ke udara oleh rakan sepasukan kerana mereka meraikan rekod tersebut dicipta di hadapan lebih 78,000 orang penyokong di Nou Camp.

Lagenda penyerang Basque, Zarra menjaringkan 251 gol untuk Athletic Bilbao dalam kerjaya 15 tahunnya, iaitu sepanjang 1940 hingga 1955.

Messi mengakhiri kemarau prestasi hambar dalam tiga perlawanan sebelumnya dalam liga, dengan kekalahan Barca ketika menentang Real Madrid dan Celta Vigo serta terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Almeria 2-1 sebelum liga berhenti rehat baru-baru ini.

Messi baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-10 penampilan sulungnya dengan gergasi Catalan, tempoh yang telah melihat dia memenangi 21 trofi dan dinobatkan Pemain Terbaik Dunia sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, beliau menimbulkan keraguan mengenai masa depannya dengan kelab itu minggu ini apabila beliau enggan menolak untuk meninggalkan ibu kota Catalan sebelum kerjayanya berakhir.

“Bola sepak adalah penuh dengan ranjau yang di luar jangkaan,” katanya kepada akhbar Argentina Ole.

“Memang benar bahawa saya kata saya ingin tinggal di sana selama-lamanya, tetapi kadang-kadang tidak semuanya berlaku seperti yang anda inginkan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.