Mayat Pemuda Lemas Ditemui Tersangkut Celah Batu

Pasir Puteh – Seorang pemuda ditemui mati lemas selepas tersangkut di celah batu akibat tergelincir ketika mengambil wuduk di Jeram Kopeh di sini, petang semalam.
Untitled-12Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang berasal dari Kampung Wakaf ditemui dalam jarak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7 petang selepas dia dilaporkan hilang dua jam sebelum itu.
Untitled-12“Tujuh anggota bomba termasuk unit scuba dari Kota Baharu menjumpainya selepas melancarkan gerakan mencari,” katanya ketika ditemui di sini, Ahad.
Untitled-12Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai tersangkut di celah batu menyebabkan pihaknya menghadapi kesukaran untuk menariknya keluar dalam arus yang deras dan cuaca yang gelap.
Untitled-12Rakan mangsa, Mohd Azrisham Yahya, 27, berkata, ketika kejadian mangsa tergelincir akibat batu yang dipijaknya licin dalam usahanya untuk mengambil wuduk untuk solat Asar sebaik selesai memancing di jeram itu.
Untitled-12“Saya dan rakan lain cuba menolongnya dengan memegang tangannya tetapi gagal menariknya ke atas tebing kerana dia tersangkut di bawah batu dan akhirnya saya terpaksa melepaskan tangannya kerana arus terlalu deras yang turut mengancam keselamatan kami,” katanya.
Untitled-12
Mohd Azrisham berkata, sebelum itu Azli beria-ia mengajaknya untuk memancing di jeram tersebut kerana berjaya membawa pulang banyak ikan sehari sebelum kejadian itu.
Untitled-12
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dituntut keluarga kira-kira jam 9.40 malam.
Untitled-12— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!