Gambar Kereta Guan Eng Parkir Secara Haram Viral Di Media Sosial

Georgetown – Gambar kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diparkir secara haram mencetuskan viral di laman sosial.

Kenderaan rasmi beliau yang bernombor pendaftaran PG1 dilihat dipakir di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.

Di laman sosial Facebook, ramai yang memberikan maklum balas terhadap gambar kereta Setiausaha Agung DAP itu yang kini tersebar secara meluas.

Ada di antara menulis komen sinis dengan mengatakan siapa yang mahu mematuhi undang-undang sekiranya ketua menteri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Sebelum ini, Guan Eng juga pernah dikritik kerana isu yang sama, dan gambar keretanya turut dimuatnaik dalam laman sosial Facebook.

Gambar yang dimuat naik pada Ogos tahun lalu itu menunjukkan kereta berkenaan diparkir di tepi jalan yang terang-terang terpapar papan tanda ‘Zon kunci’ berhampiran Lebuh Campbell.

Namun, Guan Eng pada ketika itu membalas kritikan tersebut dan menjelaskan pemandunya berada di dalam kereta berkenaan sambil menunggu beliau bertemu dengan beberapa tetamu dari Hong Kong dan wartawan di kedai kopi berhampiran.

Terdahulu Perwakilan Prai, Shamser Singh Thind yang membawa beberapa isu kontroversi dalam bahas lima minitnya di konvensyen DAP Pulau Pinang yang biasanya ‘tenang’, hari ini.

Shamser membangkitkan isu Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang ‘suka’ menarik kereta di beberapa kawasan di negeri itu turut mendapat perhatian Shamser yang bertanya mengapa MPPP mengamalkan ‘double standard’ apabila tidak mengambil tindakan ke atas kereta Lim yang sering dilihat diletak di tempat tidak sepatutnya.

Selain isu meletak kenderaan, pensyarah kolej swasta itu mula-mula sekali mempersoal reka bentuk poster konvesyen DAP dan mahu tahu mengapa tanah besar Pulau Pinang tidak dimasukkan ke dalam reka bentu yang hanya menunjukkan Pulau Mutiara itu saja.

“Kenapa tanah besar Pulau Pinang diketepikan? Bukankah kami juga sebahagian daripada negeri ini?” tanya Shamser.

Dia turut mempersoalkan di manakah ibu negeri Pulau Pinang, dan sekiranya benar George Town, mengapa George Town tidak termasuk dalam alamat rasmi Ketua Menteri di Tingkat 28, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tiada ‘George Town’.

Shamser kemudian meneruskan debatnya dengan bertanyakan apakah rasionalnya membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan Ketua Menteri Lim Guan Eng sedangkan menurutnya, Lim pernah mengkritik secara terbuka Menteri Besar Terengganu yang membeli Mercedes Benz dengan berkata:

“Mereka boleh saja membeli Toyota … jenama nombor satu di dunia malah mengalahkan General Motors dan… lebih mudah berbanding Mercedes Benz… UMNO perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Pemimpin mereka hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat menderita…”

Selain itu Shamser turut mempersoal mengapa Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Kebangsaan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam konvensyen dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia yang boleh difahami oleh semua orang.

“Mungkin memang sudah tiba masanya sekolah vernakular perlu dikaji semula,” katanya.

Dalam menjawab soalan-soalan daripada Shamser, Chow berkata isu poster itu tidak disengajakan dan mungkin terlepas pandang.

Dalam isu kereta Mercedes, Chow berkata penerangan telah diberikan dan kereta itu bukanlah pembelian atau kepunyaan peribadi Lim tetapi milik kerajaan.

Mengenai penggunaan bahasa Mandarin ketika konvensyen, Chow berkata ia adalah tradisi di dalam semua konvensyen dan isu itu telah dibangkitkan pada masa lalu termasuk dalam kongres kebangsaan parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.