FIA Formula E Promosikan Negara – Najib

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Kejohanan FIA Formula E terus diadakan di Malaysia agar dapat menjadi sukan bermotor berkuasa elektrik yang popular di samping mempromosikan negara di persada antarabangsa.

Menyifatkan penganjuran julung kali kejohanan Formula E di Malaysia itu sebagai amat berjaya, beliau berkata kejohanan itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelumba dan peminat sukan bermotor tempatan dan luar negara.

“Harapan saya ialah kita dapat teruskan agar ia mendapat sambutan sebab ia mengambil masa beberapa tahun supaya ia menjadi lebih mantap dan popular,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan perlumbaan di litar jalanan Putrajaya di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada juara pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E 2014/2015, Sam Bird dari Britain.

Najib berkata, berdasarkan maklum balas dan reaksi daripada pelumba, mereka menyatakan rasa puas hati dengan litar perlumbaan di Putrajaya itu.

“Mereka kata ia (trek) adalah antara yang terbaik,” ,” katanya yang sebelum itu telah dibawa bertemu dengan para pelumba sebelum perlumbaan.

“Pemenang pun berkata perlumbaan di sini agak menarik,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.