Dijangka Ribut Petir Berterusan Di Perairan Perlis, Kedah Dan Johor Barat

Kuala Lumpur  – Cuaca ribut petir di perairan Perlis, Kedah dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata, keadaan sama turut berlaku di perairan Phuket dan Selat Melaka.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.  – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.