Colima Menganas Di Mexico, Penduduk Diarah Pindah

Mexico City – Debu dan gas setinggi 5,000 meter ke udara jelas kelihatan yang berpunca daripada gunung berapi Colima, di barat daya Mexico.

Pihak berkuasa Mexico menggesa penduduk kawasan terbabit memakai penutup hidung dan mulut, namun tidak mengeluarkan arahan berpindah.

Kepulan asap putih memenuhi ruang udara sejurus letusan.

Debu berterbangan sejauh 25 kilometer menghampiri penempatan di Tonila dan Zapotilic.

Gunung berapi paling aktif di Mexico ini pernah meletus paling teruk pada 20 Januari 1913 selama empat hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.